Jumaat, 14 Ogos 2009
ASAL-USUL ALLAHYARHAM MOHD ALI
Ayahnya bernama Hj Mohd Ali yang berasal dari Indonesia, diyakini bahawa berketurunan Arab yang bercampuran Indonesia. Telah berhijrah ke negeri Terengganu Tanah melayu. Allahyarham Hj Mohd Ali mendapat pendidikan di Tanah suci Mekah. Setelah pulang dari pengajian beliau, seterusnya membuka pondok pengajian di salah satu daerah di Negeri Terengganu.
Allahyarham Hj Mohd Ali berhijrah ke Tembeling, sekali lagi beliau membuka pondok pengajian agama dan terkenal sebagai guru yang alim sepanjang sungai Tembeling, Allahyarham mempunyai ramai anak murid di sekitar Tembeling.
KELAHIRAN IMAM HAMZAH
Dilahirkan di Dungun Terengganu, pada sekitar Tahun 1880, ibunya bernama Hjh Rubiah, beliau bersama bapa berhijrah ke negeri Pahang, dan tinggal dikawasan persisiran sungai Tembeling, seterusnya mendapat pendidikan dari bapanya sendiri.
ZAMAN REMAJANYA
Allahyarham Imam Hamzah pada zaman remajanya mempelajari ilmu agama, dan beliau begitu aktif dalam berzanji dan ilmu persilatan(seni mempertahankan diri).
KERJAYA
Pernah menjadi ketua kampong dan Imam masjid
Pembantu kerani penghulu Kuala Tembeling pada zaman Tok Kakap (penghulu Kakap Husin)
Mandor naik Gunung Tahan dizaman British dan Jepun
Menjadi guru Al-Quran disekitar kampung Padang, Kuala Tahan.
PERKAHWINAN
Jodoh pertama Allahyarham Imam Hamzah dengan Aminah, anak kepada penghulu Kakap Husin dan di kurniakan 3 orang anak:
• Abd Samad ( ngah )
• Kenali (de)
• Bilal Mohd Amin (Teh)
Manakala perkahwinan yang kedua Allahyarham dengan Hjh Saoma cucu kepada Penghulu raja dan mendapat 5 orang anak:
• Baharuddin (de)
• Zainab (Teh)
• Mohamed Razali (Andak)
• Fatimah (Tam)
• Zainuddin ( Cu)
HOBI
Seni Suara - Terkenal sebagai Tukang lagu persembahan yang di buat pada ketika itu sehingga ke Pulau Tawar.
Seni Silat – menjadi guru silat kepada orang kampungnya.
Berkelana – Pada zaman beliau pergi ke Kuala Lumpur, ada ketika beliau berjalan kaki sahaja sebanyak 22 kali, dan banyak lagi negeri-negeri yang dilawatinya.
KHIDMAT MASYARAKAT
Terkenal sebagai seorang yang sentiasa mengambil berat terhadap masyarakat, (pengurusan mayat, tukang urut, dan ketua dalam urusan pertunangan dan kenduri kendara).
MENINGGAL DUNIA
Pada tarikh 17.9.1959 malam jumaat, dikebumikan di tanah perkuburan peninjau Batu Tunggal. Kuala Tembeling Jerantut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan